Sebagai seorang ibu tunggal, Ekin (Zara Zya) cuba bangkit dan bina semula hidup selepas melalui perkahwinan yang musnah akibat suami toksik dan tak pernah menghargainya sebagai seorang isteri. Namun, apabila bekas suaminya, Remy (Izzue Islam) kembali menghantui kehidupannya, Ekin mula persoalkan semula pilihan yang pernah dibuat. Dalam mencari keyakinan diri, hadir pula seorang lelaki, Han (MK K-Clique) yang ikhlas menyayanginya. Mampukah Ekin tinggalkan masa lalu dan berani memilih kehidupan serta cinta yang benar-benar membahagiakannya?